Kontroversi Terbesar 02 - Kumpulan Kristian yang Pertama
Apabila Yesus mendedahkan kepada murid-murid-Nya mengenai nasib Yerusalem dan kejadian mengenai kedatangan-Nya yang kedua, Dia juga meramalkan pengalaman umat-Nya bermula dari waktu Dia diangkat daripada mereka sehinggalah Dia kembali dalam kuasa dan kemuliaan untuk menyelamatkan mereka. Dari Bukit Zaitun, Juruselamat melihat ribut yang akan menimpa ke atas jemaah kerasulan; dan menembusi lebih jauh ke masa depan, mata-Nya melihat ribut-ribut kencang dan memusnahkan yang akan memukul pengikut-pengikut-Nya pada zaman-zaman kegelapan dan penganiayaan yang akan datang. Dalam beberapa ucapan ringkas yang sungguh mengerikan, Dia meramalkan bahagian yang mana pemerintah-pemerintah dunia ini akan memberikan hukuman kepada jemaah Tuhan. Matius 24:9, 21, 22. Pengikut-pengikut Kristus harus melalui cara penghinaan, celaan dan penderitaan yang sama seperti yang dilalui oleh Guru mereka. Permusuhan yang meletus untuk menentang Penebus dunia akan ditunjukkan untuk menentang semua yang percaya atas nama-Nya.
Sejarah mengenai gereja awal menyaksikan penggenapan kata-kata Juruselamat. Kuasa-kuasa dunia dan neraka mempersiapkan diri mereka untuk menentang Kristus dalam peribadi pengikut-pengikut-Nya. Orang-orang pagan meramalkan jika injil mendapat kemenangan, maka kuil-kuil dan mezbah-mezbah mereka akan dimusnahkan; oleh itu, mereka memerintahkan tentera-tentera mereka untuk membinasakan orang-orang Kristian. Api penganiayaan telah dinyalakan. Harta benda orang-orang Kristian telah dirampas dan mereka dihalau dari rumah. Mereka "gigih menanggung penderitaan yang hebat." Ibrani 10:32. Mereka "diejek, dipukul, dirantai dan dipenjarakan." Ibrani 11:36. Ramai orang yang memeteraikan testimoni mereka dengan darah mereka. Orang-orang bangsawan dan hamba, orang-orang kaya dan miskin, orang-orang terpelajar dan tidak berpendidikan, semuanya dibunuh sekali tanpa belas kasihan.
Penganiayaan-penganiayaan ini bermula di bawah pemerintahan Nero, lebih kurang pada waktu Paulus menjadi martir, berterusan dengan kemarahan yang lebih kurang selama berabad-abad lamanya. Orang-orang Kristian dituduh dengan tuduhan palsu mengenai jenayah-jenayah yang sangat mengerikan dan diisytiharkan sebagai punca malapetaka-malapetaka berlaku -- kebuluran, wabak dan gempa bumi. Sementara mereka menjadi bahan-bahan mengenai kebencian dan syak wasangka yang diketahui ramai, pemberi-pemberi maklumat bersedia untuk mengkhianati orang-orang yang tidak bersalah ini demi keuntungan. Mereka dituduh sebagai pemberontak-pemberontak yang melawan kerajaan, sebagai musuh-musuh agama, dan sebagai perosak-perosak masyarakat. Ramai orang dilemparkan kepada binatang-binatang buas atau dibakar hidup-hidup di dalam perani. Sebahagian orang disalibkan; yang lain dibungkus dengan kulit binatang-binatang liar dan dilemparkan ke dalam arena untuk dicarik oleh anjing-anjing. Hukuman mereka seringkali dijadikan hiburan utama pada pesta-pesta umum. Orang ramai berhimpun untuk menikmati tontonan itu dan menyaa orang-orang yang sedang nazak menderita ini dengan gelak ketawa an tepukan tangan.
Di mana sahaja mereka mencari perlindungan, pengikut-pengikut Kristus diburu seperti mangsa-mangsa binatang. Mereka terpaksa mencari persembunyian di tempat-tempat yang sunyi sepi dan tidak ada orang, "dalam keadaan papa, menderiat, terseksa -- dunia tidak layak menampung mereka. Mereka merayau-rayau di gurun dan gunung-ganang, di gua-gua serta lubang-lubang di tanah." Ayat 37, 38. Kuburan bawah tanah memberikan tempat persembunyian kepada beribu-ribu orang. Di bawah bukit-bukit di luar kota Roma, laluan-laluan panjang telah dijadikan terowong melalui tanah dan batu-batuan; jaringan lorong-lorong gelap dan rumit telah dipanjangkan berbatu-batu panjangnya dari luar dinding-dinding kota. Di tempat-tempat pelarian bawah tanah inilah pengikut-pengikut Kristus mengebumikan orang-orang mereka yang telah mati; dan di sini jugalah, tempat mereka dijadikan sebagai rumah, apabila dicurigai dan dikecam. Apabila Pemberi hidup membangkitkan mereka yang telah berjuang dengan baik, ramai orang-orang yang martir demi Kristus akan keluar dari gua-gua bawah tanah yang suram itu.
Walaupun berada di bawah penganiayaan yang paling kejam, saksi-saksi Yesus ini tetap memelihara iman mereka tanpa dinodai. Walaupun kurang dari segala kesenangan, terasing dari sinaran matahari, menjadikan tempat tinggal mereka di dalam gelap tetapi dekat dengan tanah, mereka tidak mengeluarkan walau satu rungutan. Dengan kata-kata iman, kesabaran dan pengharapan mereka memberikan dorongan antara satu sama lain untuk bertahan dalam serba kekurangan dan kesusahan. Kehilangan berkat-berkat duniawi tidak memaksa mereka untuk menyangkal iman mereka dalam Kristus. Pelbagai ujian dan penganyiyaan hanyalah seperti langkah-langkah yang membawa mereka lebih dekat kepada kesenangan dan ganjaran mereka.
Seperti hamba-hamba Tuhan yang dahulu, ramai yang "diseksa dan tidak mahu menerima pembebasan, supaya mereka peroleh kebangkitan yang lebih baik." Ayat 35. Hal ini mengingatkan mereka akan kata-kata Guru mereka, bahwa apabila dianiaya demi Kristus, mereka akan sangat gembira kerana besarlah ganjaran mereka di syurga; kerana demikianlah nabi-nabi yang telah dianiaya sebelum mereka. Mereka bersukacita kerana mereka dikira layak untuk menderita demi kebenaran, dan lagu-lagu kemenangan berkumandang naik dari tengah-tengah api yang mendesis. Apabila mamandang ke atas dengan iman, mereka melihat Kristus dan malaikat-malaikat bersandar pada benteng-benteng syurga, memandang ke atas mereka dengan penuh perhatian dan menghargai ketabahan mereka dengan kesyukuran. Satu suara turun dari takhta Tuhan kepada mereka, "Setialah sampai mati, maka Aku akan menganugerahimu mahkota hidup sebagai ganjaran kemenangan." Wahyu 2:10.
Sia-sia sajalah usaha-usaha Syaitan untuk menghancurkan jemaah Kristus dengan kekerasan. Kontroversi besar yang mana murid-murid Yesus menyerahkan hidup mereka tidak berhenti apabila pembawa-pembawa bendera injil yang setia ini dibunuh. Dengan menghadapi kekalahan mereka telah menang. Pekerja-pekerja Tuhan telah dibunuh, tetapi pekerjaan-Nya maju secara berterusan. Injil itu meneruskan penyebaran dan jumlah penganut-penganut-Nya semakin bertambah. Ia menembusi wilayah-wilayah yang tidak boleh dilalui bahkan oleh kuasa-kuasa Roma. Seorang Kristian membuat bantahan kepada pemerintah-pemerintah kafir yang mendesak penganiayaan itu dengan berkata: Kamu boleh "membunuh kami, menyeksa kami, menghukum kami.... Ketidak-adilanmu adalah bukti bahwa kami tidak bersalah ... Kejahatanmu juka ... tidak bermanfaat kepadamu." Semua ini hanyalah menggalakkan undangan yang lebih kuat untuk memanggil orang lain kepada keyakinan mereka. "Semakin kerap kami ditewaskan oleh kamu, semakin bertambah kami bertumbuh; darah orang-orang Kristian itu adalah benih." -- Tertullian, Apology, per. 50.
Ribuan orang dipenjarakan dan dibuhuh, tetapi yang lain muncul menggantikan tempat-tempat mereka. Dan mereka yang menjadi martir kerana iman mereka terjamin dalam Kristus dan dianggap oleh Dia sebagai pemenang-pemenang. Mereka telah berjuang dengan baik, dan mereka akan menerima mahkota kemuliaan apabila Kristus datang kembali. Penderitaan-penderitaan yang telah mereka tanggung membuatkan orang-orang Kristian semakin dekat kepada satu sama lain dan kepada Penebus mereka. Teladan kehidupan mereka dan testimoni mereka sehingga menghadapi kematian adalah satu kesaksian tetap untuk kebenaran; dan sungguh tidak diduga, pengikut-pengikut Syaitan meninggalkan tugas mereka dan mendaftarkan diri di bawah pandi-panji Kristus.
Dengan itu Syaitan melakukan rancangan-rancangannya untuk berperang dengan lebih berkesan terhadap kerajaan Tuhan dengan menanamkan panjinya di dalam gereja Kristian. Jika pengikut-pengikut Kristus boleh tertipu dan dibimbing untuk menghina Tuhan, maka kekuatan, ketabahan, dan ekteguhan mereka akan hancur, dan mereka akan jatuh menjadi mangsa dengan mudah.
Sekarang musuh besar ini berusaha secara tipu helah untuk mendapatkan apa yang telah dia gagal untuk miliki secara paksa. Penganiayaan dihentikan, dan sebagai gantinya ia ditukarkan dengan daya-daya tarikan yang berbahaya dalam kekayaan sementara dan kehormatan duniawi. Penyembah-penyembah berhala telah dibimbing untuk menerima sebahagian daripada iman Kristian, sementara mereka menolak kebenaran-kebenaran lain yang penting. Mereka mengaku untuk menerima Yesus sebagai Anak Tuhan dan untuk percaya kepada kematian dan kebangkitan-Nya, tetapi mereka tidak mempunyai kesedaran dosa dan tidak merasakan perlunya pertaubatan atau perubahan hati. Dengan beberapa pelarasan dari pihak mereka, mereka mencadangkan bahawa orang-orang Kristian harus melakukan pelarasan, agar semua orang boleh bersatu atas landasan kepercayaan dalam Kristus.
Sekarang gereja berada dalam bahaya yang sangat menakutkan. Penjara, penyeksaan, api dan pedang lebih membawa berkat dibandingkan dengan hal ini. Sebahagian orang-orang Kristian berdiri teguh, menyatakan bahawa mereka tidak mahu berkompromi. Yang lain bersetuju dalam menyerahkan atau mengubahsuai sebahagian ciri-ciri iman mereka, dan bersatu dengan mereka yang telah menerima sebahagian agama Kristian, mendesak bahawa ini boleh mendadi sebab mereka bertukar sepenuhnya kepada agama Kristian. Ini adalah masa yang amat sukar sekali kepada pengikut-pengikut Kristus yang setia. Di bawah jubah agama Kristian yang berpura-pura, Syaitan bergerak secara halus ke dalam gereja, untuk mempengaruhi iman mereka dan mengalihkan fikiran mereka dari firman kebenaran.
Kebanyakan orang Kristian pada akhirnya bersetuju untuk menurunkan piawaian mereka, dan satu persekutuan telah terbentuk di antara agama Kristian dan pagan. Walaupun penyembah-penyembah berhala mengaku untuk bertukar agama, dan bersatu dengan gereja, mereka masih berpegang pada penyembahan berhala mereka, hanya menukarkan objek-objek penyembahan mereka kepada imej-imej Yesus, dan bahkan Maria dan orang-orang kudus. Dengan itu, ragi busuk penyembahan berhala dibawa masuk ke dalam gereja, melanjutkan pekerjaannya yang menjijikkan. Doktrin-doktrin yang tidak betul, upacara-upacara karut, dan majlis-majlis penyembahan berhala telah digabungkan ke dalam iman dan penyembahannya. Apabila pengikut-pengikut Kristus bersatu dengan penyembah-penyembah berhala, agama Kristian menjadi tercemar, dan gereja telah kehilangan kesucian dan kuasanya. Namun, terdapat sebahagian yang tidak terpedaya oleh penipuan-penipuan ini. Mereka masih mempertahankan kesetiaan mereka kepada Pencipta kebenaran dan hanya menyembah Tuhan.
Terdapat dua golongan orang-orang yang akan selalu mengakui dirinya sebagai pengikut-pengikut Kristus. Sementara golongan pertama mempelajari kehidupan Juruselamat dan bersungguh-sungguh memperbaiki kekurangan-kekurangan mereka dan mengikuti Teladan itu, golongan kedua menjauhi kebenaran yang mudah dan praktikal, yang mendedahkan kesalahan-kesalahan mereka. Bahkan dalam keadaan yang terbaik sekalipun, gereja itu tidak dibentuk dengan kebenaran, kesucian dan keikhlasan. Juruselamat ktia mengajarkan bahawa mereka yang dengan rela berkompromi diri dalam dosa tidak boleh diterima ke dalam gereja; namun Dia menghubungkan orang-orang yang mempunyai sifat perwatakan yang buruk dengan-Nya, dan memberikan manfaat-manfaat mengenai ajaran-ajaran dan teladan-Nya kepada mereka, agar mereka mempunyai satu peluang untuk melihat kesalahan-kesalahan mereka dan memperbaikinya. Dalam kalangan dua belas rasul terdapat seorang pengkhianat. Yudas diterima, bukan kerana keburukan dalam sifat perwatakan Kristian, dan dengan itu dibimbing untuk melihat kesalahan-kesalahannya, untuk bertaubat, dan dengan bantuan rahmat ilahi, untuk menyucikan jiwanya "dalam menuruti kebenaran." Tetapi Yudas tidak berjalan dalam terang yang dengan penuh rahmat diizinkan untuk bersinar ke atasnya. Dengan menurutkan diri dalam dosa, dia menjemput godaan-godaan Syaitan. Sifat-sifat perwatakan jahatnya menjadi dangat dominan. Dia menyerahkan fikriannya di bawah pengawalan kuasa-kuasa kegelapan, dia menjadi marah apabila kesalahan-kesalahannya ditegur, dan dengan itu dia telah dibimbing untuk melakukan jenayah yang ngeri dengan mengkhianati Gurunya. Demikianlah semua yang sukakan kejahatan tetapi di bawah pengakuan dalam kesucian, membenci orang-orang yang menggangu ketenangan mereka dengan mengutuk perlakuan dosa mereka. Apabila satu peluang baik diberikan, seperti Yudas, mereka akan mengkhianati orang-orang yang berusaha untuk menegur mereka demi kebaikan mereka.
Para rasul menemui anggota-anggota di dalam gereja yang mengaku kesucian sementara mereka sukakan kejahatan secara sembunyi-sembunyi. Ananias dan Safira menjadi sebahagian daripada penipu-penipu itu, berpura-pura untuk melakukan satu pengorbanan yang menyeluruh kepada Tuhan, apabila mereka dengan tamaknya menyembunyikan sebahagian untuk diri mereka sendiri. Roh kebenaran mendedahkan kepada para rasul sifat perwatakan yang sebenar bagi mereka yang berpura-pura ini, dan pengadilan Tuhan menyingkirkan gereja busuk ini yang mencemarkan kesuciannya. Tanda bukti ini mengenai pengesanan Roh Kristus dalam gereja merupakan satu ancaman kepada orang-orang munafik dan pelaku-pelaku kejahatan. Mereka tidak dapat bertahan lama dalam perhubungan dengan orang-orang, yang sentiasa menjadi wakil-wakil Kristus, dalam tabiat dan perlakuan; dan sementara pelbagai ujian dan penganiayaan dilakukan ke atas pengikut-pengikut-Nya, hanya mereka yang rela meninggalkan semuanya demi kebenaran sahaja yang ingin menjadi murid-murid-Nya. Oleh itu, selama penganiayaan berterusan, gereja secara perbandingannya masih suci. Tetapi apabila ia berhenti, orang-orang yang tidak begitu bersungguh-sungguh dan setia yang bertukar kepada agama Kristian semakin bertambah, dan terbukalah jalan kepada Syaitan untuk memijakkan kakinya di dalam gereja.
Tetapi tidak ada kesatuan di antara Putera terang dan putera kegelapan, dan tidak akan ada kesatuan di antara pengikut-pengikut mereka. Apabila orang-orang Kristian mempersetujui untuk bersatu dengan mereka yang hanya separuh bertaubat daripada paganisme, mereka memasuki satu jalan yang membimbing mereka semakin jauh dan jauh daripada kebenaran. Syaitan bergembira apabila dia telah berjaya menipu begitu ramai pengikut Kristus. Dia kemudian membawa kuasanya untuk berusaha lebih bersungguh-sungguh atas hal ini, dan memberikan inspirasi kepada mereka untuk menganiaya mereka yang tetap setia kepada Tuhan. Tidak ada orang yang benar-benar memahami bagaimana untuk menentang iman Kristian yang benar seperti mana mereka yang suatu ketika dahulu pernah menjadi pembela-pembelanya; dan orang-orang Kristian yang murtad ini, bersatu dengan sahabat-sahabat mereka yang setengah pagan, melakukan peperangan mereka untuk menentang ciri-ciri yang paling penting dalam doktrin-doktrin Kristus.
Ia memerlukan satu perjuangan yang nekad bagi mereka yang mahu setia untuk berdiri teguh menentang penipuan-penipuan dan kekejian-kekejian yang menyamar dalam jubah imam dan diperkenalkan ke dalam gereja. Alkitab tidak lagi diterima sebagai ukuran iman. Doktrin kebebasan beragama diistilahkan sebagai ajaran sesat, dan mereka yang menegakkannya dibenci dan diharamkan.
Setelah satu konflik yang panjang dan sukar, orang-orang setia yang sedikit jumlahnya memutuskan untuk membubarkan semua persatuan dengan gereja murtad jika gereja itu masih menolak untuk membebaskan dirinya daripada kepalsuan dan penyembahan berhala. Mereka melihat bahawa pemisahan adalah satu keperluan yang wajib jika mereka mahu menuruti firman Tuhan. Mereka tidak berani bertoleransi dengan kesalahan-kesalahan yang membawa maut kepada jiwa-jiwa mereka sendiri, dan menunjukkan satu teladan yang akan membahayakan iman anak-anak dan cucu-cucu mereka. Untuk menjamin kedamaian dan kesatuan, mereka bersedia untuk melakukan apa-apa pelarasan yang sesuai dengan kesetiaan kepada Tuhan; tetapi mereka merasakan bahawa bahkan damai menjadi terlalu mahal untuk dibeli apabila mengorbankan prinsip. Jika kesatuan dapat dijamin hanya dengan mengkompromikan kebenaran dan kebaikan, maka biarlah terdapat perbezaan, dan bahkan peperangan.
Alangkah baiknya untuk gereja dan dunia jika prinsip-prinsip yang menggerakkan jiwa-jiwa yang teguh dalam dalam iman dapat dibangunkan semula dalam hati orang-orang yang mengaku sebagai umat Tuhan. Terdapat satu sikap acuh tak acuh yang membahayakan dalam mempertimbangkan doktrin-doktrin yang mana adalah tiang bagi iman Kristian. Terdapat pendapat yang semakin mendapat tempat, bahawa doktrin-doktrin itu akhirnya bukanlah yang amat penting sekali. Kemerosotan ini menguatkan tangan ejen-ejen Syaitan, agar teori-teori palsu dan penipuan-penipuan yang membawa maut yang mana umat-umat setia pada zaman-zaman dahulu membahayakan nyawa mereka untuk menentang dan mendedahkannya, sekarang disukai ramai oleh ribuan orang yang mengaku sebagai pengikut-pengikut Kristus.
Orang-orang Kristian yang terdahulu sememangnya adalah umat-umat yang istimewa. Tingkah laku mereka yang tidak bercela dan iman mereka yang tidak goyah adalah satu teguran yang berterusan yang mengganggu kedamaian orang-orang berdosa. Walaupun jumlah mereka sedikit, tanpa harta, kedudukan, atau gelaran-gelaran terhormat, mereka merupakan satu ancaman kepada pelaku-pelaku kejahatan di mana sahaja sifit-sifat perwatakan dan doktrin-doktrin mereka diketahui. Oleh itu, mereka dibenci oleh orang-orang jahat, bahkan seperti Habel yang dibenci oleh Kain yang fasiq itu. Dengan alasan yang sama Kain membunuh Habel, demikianlah juga mereka yang cuba untuk menyingkirkan pengawalan Roh Suci, dengan membunuh umat-umat Tuhan. Ia adalah disebabkan oleh alasan yang sama orang-orang Yahudi menolak dan menyalibkan Juruselamat -- kerana kesucian dan kekudusan sifat perwatakan-Nya adalah satu teguran yang berterusan kepada sifat mementingkan diri dan korupsi mereka. Sejak zaman Kristus sehingga sekarang, murid-murid-Nya yang setia telah membangkitkan kebencian dan penentangan kepada mereka yang mencintai dan mengikuti jalan-jalan dosa.
Lalu, bagaimanakah injil itu boleh dikatakan sebagai satu berita yang damai? Apabila Yesaya meramalkan kelahiran Mesias, dia memberikan penghargaan kepada-Nya dengan gelaran "Raja Damai." Apabila malaikat-malaikat mengumumkan kepada para gembala bahawa Kristus telah lahir, mereka menyanyi di atas dataran Betlehem, "Kemuliaan bagi Allah di tempat yang maha tinggi dan damai sejahtera di bumi bagi orang yang berkenan pada hati-Nya." Lukas 2:14. Ia seolah-olah terdapat satu percanggahan di antara pernyataan nubuat dan kata-kata Kristus, "Aku datang bukan untuk membawa damai ke dunia melainkan perang." Matius 10:34. Tetapi, jika difahami dengan betul, kedua-duanya adalah dalam keserasian yang sempurna. Injil itu adalah berita damai. Agama Kristian adalah satu sistem yang mana, apabila diterima dan dituruti, akan menyebarkan damai, keharmonian, dan kebahagian di seluruh bumi. Agama Kristus akan mempersatukan semua orang yang menerima ajaran-ajaran-Nya dalam ikatan persaudaraan yang erat. Ia adalah misi Yesus untuk mendamaikan manusia dengan Tuhan, dan begitu juga kepada sesama manusia. Tetapi kebanyakan dunia ini berada di bawah pengawalan Syaitan, iaitu musuh Kristus yang paling kejam. Injil menunjukkan mereka prinsip-prinsip kehidupan yang sepenuhnya berbeza dengan tabiat-tabiat dan keinginan-keinginan mereka, dan mereka bangkit untuk menentangnya. Mereka membenci kesucian yang mendedahkan dan mengutuk dosa-dosa mereka, dan mereka menganiaya dan membinasakan orang-ornag yang mendorong mereka kepada tuntutannya yang adil dan kudus. Disebabkan inilah -- kerana kebenaran-kebenaran yang dimuliakan yang mnyebabkan terjadinya kebencian dan persengketaan -- injil itu dikatakan sebagai pedang.
Ketentuan misteri yang membolehkan orang-orang benar untuk menderita dalam penganiayaan di tangan orang-orang jahat telah menyebabkan kekeliruan besar kepada ramai orang yang lemah dalam iman. Sebahagian daripada mereka bahkan bersedia untuk membuang keyakinan mereka kepada Tuhan kerana Dia menyebabkan orang-orang yang paling jahat mendapatkan kemakmuran, manakala orang-orang yang paling baik dan suci disakiti dan diseksa dengan kuasa jahat mereka. Ramai yang bertanya, bagaimanakah mungkin Dia yang adil dan murah hati, dan juga yang mempunyai kuasa yang tidak terhingga, mengizinkan ketidakadilan dan penindasan yang sedemikian? Ini adalah satu soalan yang mana tidak ada apa yang boleh kita lakukan. Tuhan telah memberikan kita keterangan yang mencukupi mengenai kasih-Nya, dan kita seharusnya tidak meragukan kebaikan-Nya kerana kita tidak dapat memahami kerja-kerja ketentuan-Nya. Apabila meramalkan sikap ragu-ragu yang akan menimpa ke atas jiwa mereka pada hari-hari dugaan dan kegelapan, Juruselamat berkata kepada murid-murid-Nya, "Ingatlah apa yang telah Kukatakan kepadamu, 'Seorang hamba tidak lebih besar daripada tuannya.' Jika mereka menganiaya-Ku, mereka akan menganiayamu juga." Yohanes 15:20. Yesus menderita untuk kita lebih daripada mana-mana pengikut-Nya yang menghadapi penderitaan kerana kekejaman orang-orang jahat. Mereka yang dipanggil untuk menanggung penyeksaan dan menjadi martir hanya mengikuti jejak langkah Anak Tuhan yang dikasihi.
"Tuhan bukannya lengah menepati janji." 2 Petrus 3:9. Dia tidak melupakan atau mengabaikan anak-anak-Nya; tetapi Dia mengizinkan orang-orang jahat untuk mendedhkan sifat perwatakan mereka yang sebenarnya, agar tiada seorang pun yang ingin melakukan kehendak-Nya tertipu oleh mereka. Sekali lagi, orang-orang benar ini ditempatkan di dalam relau penderitaan, agar mereka sendiri boleh disucikan; dengan itu teladan mereka boleh meyakinkan orang lain mengenai realiti iman dan kebaikan; dan juga agar keteguhan dalam tindakan mereka boleh mendedahkan kesalahan orang-orang yang fasiq dan tidak percaya.
Tuhan mengizinkan orang-orang jahat untuk mendapatkan kemakmuran dan untuk mendedahkan permusuhan mereka terhadap Dia, agar apabila mereka telah memenuhi pengukuran mengenai kejahatan mereka, semua orang boleh melihat keadilan dna belas kasihan-Nya dalam kemusnahan mereka yang sepenuhnya. Hari pembalasan-Nya akan segera tiba di mana semua yang telah melanggar hukum-Nya dan menindas umat-Nya akan mendapat pembalasan yang adil mengenai perbuatan-perbuatan mereka; apabila setiap perbuatan jahat atau ketidakadilan terhadap umat-umat Tuhan yang setia akan dihukum seolah-olah perbuatan itu telah dilakukan ke atas Kristus sendiri.
Terdapat satu lagi soalan lain dan lebih penting yang harus mendapat perhatian gereja-gereja pada hari ini. Rasul Paulus menyatakan bahawa "semua orang yang ingin hidup warak dalam Kristus Yesus akan dianiaya." 2 Timotius 3:12. Lalu, mengapakah penganiayaan itu seolah-olah leka dalam satu tahap yang besar? Satu-satunya sebab adalah kerana gereja telah menyesuaikan diri dengan ukuran duniawi dan oleh itu tidak menimbulkan penentangan. Agama yang wujud pada zaman kita bukanlah terdiri daripada sifat perwtakan yang suci dan kudus yang menandakan iman Kristian seperti pada zaman Kristus dan rasul-rasul-Nya. Ia hanyalah kerana jiwa berkompromi dengan dosa, kerana kebenaran-kebenaran agung mengenai firman Tuhan dipandang dengan acuh tak acuh, kerana hanya sedikit sahaja kesucian yang hidup di dalam gereja, yang membuatkan agama Kristian kelihatan seperti disukai ramai oleh dunia. Biarlah wujudnya pembangunan iman dan kuasa gereja yang mula-mula itu, dan roh penganiayaan akan dibangunkan, dan api penganiayaan akan dinyalakan kembali.
